SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

PROFIL






Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kulai (SMKKK) telah dibuka pada 1 Jun 2001.  Pada permulaan pembukaannya, SMK Kota Kulai telah menumpang di SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) sementara menunggu bangunannya siap.  Sekolah ini mendapat nama sempena nama taman perumahan yang pertama diwujudkan di kawasan sekolah ini dibina.  Pengetua pertama sekolah ini ialah Puan Tham Juet Lin yang merupakan antara guru yang terawal berkhidmat di sekolah ini bersama Ustaz Sakijan bin Muri (Penolong Kanan Pentadbiran) dan Tuan Hj. Kamarudin bin Mohamad Tahir  (Penyelaras Kokurikulum).

    
   Sekolah ini menerima muridnya yang pertama pada 18 Jun 2001 dengan seramai 180 orang iaitu tiga kelas tingkatan satu dan dua kelas peralihan. Penerimaan murid pada hari pertama persekolahan diuruskan oleh sembilan orang guru. Pada masa itu, segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan semua kemudahan sekolah yang ditumpang. Kini (pada penghujung tahun 2011), sekolah ini mempunyai  74 orang guru dan 9 orang kakitangan sokongan. Bilangan murid pula adalah seramai 1036 orang terdiri daripada murid Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima.

        SMK Kota Kulai telah beroperasi di bangunan sendiri pada 01 Januari 2002.  Sekolah ini mengandungi tiga blok bangunan empat tingkat yang didirikan di atas tanah seluas 12 ekar dalam kawasan perumahan Taman Putri Kulai. Sebuah wakaf berukuran 30 x 40 kaki persegi yang diberi nama `Wakaf Kota’ telah dapat dibina hasil dari sumbangan Kedai Buku dan sumbangan orang ramai. Pada bulan November 2008 wakaf ini telah ditambah keluasannya sebesar 30 x 40 kaki persegi lagi hasil daripada sumbangan Ahli Parlimen Kulai, Dato’ Sri Ong Ka Ting.
 

Logo Sekolah
JEA8007

Rasional lencana

1. Perisai lambang jati diri menangkis gejala buruk.
2. Bentuk kota di atas melambangkan negara maju, kekuatan dari segi fizikal, mental dan  rohani warga sekolah.
3. Tiga bulatan berangkai melambangkan perpaduan dan aktiviti sukan.
4. Garis putus-putus berbentuk gelombang melambangkan dunia tanpa sempadan.
5. Pen dan buku melambangkan budaya sekolah iaitu menuntut ilmu.
6. Buku bentuk 'V' melambangkan perdamaian.
7. Nukleus atom melambangkan teknologi maklumat dan komunikasi.
8. Biru melambangkan sekolah mempunyai undang-undang dan peraturan. Putih menggambarkan kehidupan beragama dan bersih. Merah mencermin sikap berani berjuang.


Visi Sekolah 


SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


Misi Sekolah


SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


Lagu Sekolah

SMK Kota Kulai
Indah tersergam megah
Kebanggan kami semua
Menabur jasa sepanjang masa
Kewibawaan, Ketrampilan, Kecemerlangan
 
Akan kami perjuangkan
Bersama guru-guru berkarisma
Berteraskan Rukunegara
 
Oh wahai ibu pertiwi
Padamu kami berjanji
Kejayaan pasti dimiliki
Itulah matlamat kami.
 


1 comment: